Mahu Bersatu terus kekal dalam PN sebab itu tidak dibincangkan – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak membincangkan kedudukan Bersatu dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi malam tadi kerana parti itu mahu terus kekal dalam gabungan.

Ketua Penerangan PN Tan Sri Annuar Musa berkata, justeru itu tiada isu berkaitan kedudukan Bersatu yang memerlukan perbincangan khusus dalam mesyuarat.

“Kedudukan Bersatu tidak dibincangkan kerana parti itu mahu terus kekal dalam PN, justeru tiada isu,” katanya memetik laporan FMT.

Mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN malam tadi mengumumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diterima masuk sebagai parti komponen.

Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan dicapai dalam pertemuan dihadiri pemimpin Pas, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.

Sebelum mesyuarat, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan partinya akan kekal dalam PN ‘sampai bila-bila’.

Selain itu, Naib Presiden Bersatu Ahmad Datuk Seri Faizal Azumu berkata kehadiran mereka malam tadi bagi membawa pendirian parti dalam semua perbincangan gabungan memandangkan PN diasaskan Muhyiddin.

Mesyuarat itu diadakan ketika kerjasama Pas dan Bersatu berakhir, serta krisis PN yang antaranya menyaksikan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin ditamatkan sebagai pengarah pilihan raya gabungan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Azmin Ali pula diberhentikan sebagai timbalan setiausaha agung PN.

Pada 21 Jun lalu, Samsuri berkata isu keahlian Bersatu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi gabungan.

Katanya, sebarang perkara membabitkan keahlian atau kedudukan parti dalam PN perlu melalui proses perbincangan dan keputusan bersama di peringkat kepimpinan.

Sementara itu, Annuar yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menegaskan mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni, sekali gus menolak tanggapan berlaku pergeseran dalam kalangan parti komponen gabungan.

Annuar berkata beliau berpuas hati dengan hasil mesyuarat tergempar malam tadi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat