KUALA LUMPUR -Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar ‘optimis’ bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad berpotensi untuk Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sekiranya Bersatu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).
“Sekiranya Bersatu bergabung dengan PH. Ada potensi Dr Marzuki Mohamad jadi KP J-Kom.
“Eloklah kembali pada asalmu. “Dari PH dia datang, kepada PH dia kembali”, cadang Sukri.
Beliau dipercayai berkata demikian berkenaan kenyataan Marzuki bersuara berhubung isu kepimpinan kerajaan Perlis kerana Bersatu terus “diungkit” sebagai pengkhianat dalam hubungan mereka dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Dakwa Marzuki, langkah menyalahkan Bersatu itu merupakan taktik pihak tertentu yang enggan melihat pertikaian kedua-dua parti boleh diselesaikan lebih awal sehingga ia menjadi besar.
“Apa salah Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu? Kesalahannya (ialah) kerana menjunjung titah raja. Yalah, apabila dititah, takkan Tan Sri Muhyiddin nak beritahu raja: “Ampun Tuanku, patik tak boleh junjung titah tuanku. Nanti Haji Hadi ‘murka’.
“Kenapa dia nak ‘murka’? Sebab yang nak ditukar tu besan dia,” dakwa Marzuki.



