KUALA LUMPUR – Kita negara berada di persimpangan iaitu berhadapan dengan dua wawasan yang amat berbeza sama ada Malaysia sebagai negara autoritarian dan Malaysia sebuah negara demokratik.
Mengimbau sejarah politik Malaysia Pengarah Strategik DAP Liew Chin Tong berkata, pada 1999, sewaktu di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan yang berani apabila Beliau menolak pelawaan untuk menyertai Pas, sebaliknya menubuhkan sebuah wadah pelbagai kaum Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya berkembang menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003.
“Ramai orang terpikat dengan idea bahawa Malaysia mampu menjadi sebuah negara penting di rantau ini di samping menjadi kuasa ekonomi serantau yang mana semua rakyat dapat menggembleng tenaga untuk membina bersama negara.
“Semakin ramai rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, yakin bahawa negara kita tidak semestinya sentiasa dikuasai rejim kuku besi, dan mampu berubah menjadi sebuah negara demokrasi.
“Tentunya wawasan politik pelbagai kaum yang diterajui Melayu yang dibawa oleh Anwar menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan.
“Golongan yang menyuarakan Ketuanan Melayu mahu meneruskan pemerintahan kuku besi bagi melindungi perbuatan korup mereka. Mereka melakukan pelbagai cara untuk mengaburi pandangan rakyat, khususnya orang Melayu, daripada menerima wawasan demokrasi yang lebih terbuka, progresif dan adil,” Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.
Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, namun, kuasa rakyat terserlah. Tatanan politik lama yang dibawa oleh Umno tersungkur pada pilihan raya umum 2018 apabila rakyat Malaysia sudah tidak tahan lagi menanggung kesan, malah malu tahap global, berikutan skandal mega 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, walaupun rejim cuba menyembunyikannya.
“Sejak itu, golongan tatanan politik lama masih cuba menghidupkan kembali idea lapuk mereka yang berteraskan pemerintahan autoritarian.
“Melalui propaganda mereka, golongan demokrat yang percaya kepada idea kepelbagaian kaum digambarkan sebagai pengkhianat, walaupun kita tahu tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.
“Menjelang sambutan ulang tahun ke-70 kemerdekaan Malaysia tahun hadapan, dan dalam suasana kita perlu menghadapi banyak pilihan raya sekarang, rakyat Malaysia perlu membuat pilihan – di antara wawasan 1970 yang telah ditolak dan aspirasi 1998 yang mencetuskan harapan baharu.
“Pilihan yang tepat dapat membawa Malaysia yang lebih matang berfikir, bersatu padu, dan berjaya membawa kemakmuran untuk semua dalam tahun-tahun mendatang ini.
“Kita perlu membuat pilihan, sama ada menerima yang baik atau yang buruk, dan jika kita gagal berbuat demikian, Malaysia yang kita cintai akan menjadi sebuah negara yang hodoh,” katanya.



