Lihat sendiri ketahanan HONOR Magic V6 di siri jelajah Roadshow seluruh Malaysia

Selepas mencetuskan perhatian ramai menerusi pelbagai aksi ujian ketahanan yang tular di media sosial, HONOR kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan sendiri kehebatan telefon pintar boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic V6. Bukan sekadar melihat demonstrasi, pengunjung juga boleh mencuba sendiri pelbagai cabaran yang direka khas untuk menguji ketahanan peranti tersebut menerusi siri roadshow yang berlangsung di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Jelajah pertama telah bermula di Sunway Pyramid dan akan diteruskan di Pavilion Bukit Jalil, sebelum bergerak ke Pulau Pinang dan Johor Bahru dalam beberapa bulan akan datang. Inisiatif ini membolehkan orang ramai merasai sendiri keupayaan HONOR Magic V6 yang tampil dengan engsel Super Steel Hinge bertaraf industri, selain pelbagai teknologi canggih yang menjadikannya antara telefon pintar boleh lipat paling menarik di pasaran ketika ini.

Sejak dilancarkan, HONOR Magic V6 berjaya mencuri perhatian pengguna menerusi gabungan reka bentuk premium, ketahanan luar biasa serta pelbagai ciri pintar yang memudahkan kehidupan harian. Telefon pintar ini turut dilengkapi bateri terbesar dalam kelasnya, cip pemproses Snapdragon berprestasi tinggi, keupayaan multitugas berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan sambungan merentas sistem operasi yang membolehkan ia berfungsi dengan lancar bersama peranti Apple.

Antara tarikan utama yang menanti pengunjung di lokasi roadshow ialah cabaran unik yang menampilkan kekuatan sebenar engsel Super Steel Hinge pada HONOR Magic V6. Dalam demonstrasi tersebut, peranti itu digunakan sebagai palang untuk cabaran gantung selama 30 saat. Ia mungkin kedengaran luar biasa, namun inilah cara HONOR menunjukkan keyakinan terhadap ketahanan engsel yang mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2,800MPa. Peserta yang berjaya menyelesaikan cabaran tersebut bukan sahaja dapat membuktikan ketahanan telefon pintar berkenaan, malah berpeluang membawa pulang payung eksklusif HONOR secara percuma selagi stok masih ada.

Selain itu, pengunjung turut boleh menyaksikan sendiri kemampuan kalis air dan habuk HONOR Magic V6 yang hadir dengan penarafan IP68 dan IP69. Melalui cabaran khas yang disediakan, peserta perlu mengutip guli dengan berat tertentu dari dalam tangki air dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah memberikan gambaran jelas tentang tahap perlindungan yang dimiliki oleh telefon pintar tersebut ketika berdepan pelbagai situasi harian.

Bagi mereka yang menggunakan ekosistem Apple, HONOR turut menyediakan ruang pengalaman khas untuk memperlihatkan keupayaan teknologi Cross-OS Connectivity. Pengunjung boleh mencuba sendiri proses pemindahan gambar daripada peranti Apple ke HONOR Magic V6 sebelum menghantarnya terus ke komputer MacBook dengan mudah dan pantas. Demonstrasi ini menunjukkan bagaimana HONOR berjaya merapatkan jurang antara platform berbeza, sekali gus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih fleksibel kepada pengguna.

Suasana roadshow juga menjadi lebih meriah dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti pengunjung. Selain ganjaran eksklusif untuk peserta yang menyertai aktiviti di zon pengalaman, HONOR turut menawarkan cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM130,000. Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM999 dalam satu resit bagi pembelian HONOR Magic V6 atau produk HONOR lain sepanjang tempoh roadshow layak menyertai cabutan tersebut.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk HONOR Pad 10 5G sebagai hadiah utama untuk tiga pemenang bertuah. Selain itu, lima pemenang akan membawa pulang HONOR Watch 5 Ultra manakala 10 lagi pemenang berpeluang memenangi HONOR Pad X7. Pelbagai hadiah saguhati turut disediakan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pengunjung untuk membawa pulang hadiah menarik.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengunjungi roadshow di Lembah Klang, HONOR akan meneruskan siri jelajah ini ke beberapa lokasi lain di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat