Majlis Syura Ulama Pas sudah buat keputusan tentang hubungan dengan Bersatu, akan umum Isnin ini – Hadi

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama Pas telah membuat ketetapan berkait hubungan Pas dengan Bersatu namun status kerjasama berkenaan hanya akan diumumkan Isnin, 8 Jun ini.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan berkaitan hubungan Pas dengan Bersatu sudah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

“Hubungan dengan Bersatu, Majlis Syura Ulama telah muzakarah.

“Majlis Syura Ulama sudah membuat keputusan, terpulang kepada Pas Pusat bila nak umum dan apa tindakan patut diambil.

“Isnin ini bincang sekali dengan Bersatu,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Majlis Syura sebelum ini meneliti laporan berkenaan secara terperinci sebelum membuat keputusan berkaitan hubungan Pas dan Bersatu serta hala tuju kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketegangan antara Pas dan Bersatu kembali dipercayai selepas Hadi menyatakan Pas akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa tidak selari dengan semangat setia kawan dalam PN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat