Anwar Seru Rakyat Tolak Kebencian Sempena Hari Wesak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar terus menyemai nilai kasih sayang, ihsan dan saling menghormati sempena sambutan Hari Wesak.

Menerusi satu hantaran sempena sambutan itu, beliau berkata Hari Wesak mengajak masyarakat merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat termasuk kebijaksanaan, kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang sesama insan.

Menurut beliau, nilai-nilai tersebut bukan sahaja diraikan dalam tradisi keagamaan, malah kekal relevan dalam usaha membina masyarakat yang saling memahami dan menghormati.

“Dalam negara yang rencam budaya, agama dan latar kehidupan, nilai cinta, ihsan dan kasih sayang yang diangkat ketika sambutan Wesak memberi makna mendalam tatkala wujud kelompok yang cuba menyalakan api permusuhan antara kaum dan agama,” katanya.

Anwar berkata beliau percaya penyebaran cinta dan kasih sayang mampu menenggelamkan hasutan kebencian, sekali gus menjernihkan prasangka serta memperkukuh hormat dan persefahaman dalam kalangan rakyat.

Tambah beliau, elemen itu menjadi asas penting kepada keharmonian dan perpaduan negara.

Perdana Menteri turut berharap sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha di negara ini.

Beliau juga berharap nilai kemanusiaan yang diketengahkan menerusi sambutan tersebut terus menyatukan rakyat Malaysia sebagai sebuah bangsa yang beradab dan bermaruah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat