Balai Seni Negara buka reruai PBAKL 2026

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 Balai Seni Negara membuka reruainya di No. 403 S4, Dewan Tun Hussein Onn (THO), Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dekat sini, dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata penyertaan agensi itu dalam PBAKL 2026 adalah sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh keberadaan institusi seni visual negara di platform berskala antarabangsa.

“Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai bahan terbitan Balai Seni Negara
seperti buku seni visual sepanjang tempoh penganjuran PBAKL 2026.

“Selain buku, pelbagai produk cenderamata turut dibawakan kepada pengunjung merangkumi botol minuman (tumbler), bucket hat, lencana butang (button badge), keychain lanyard, metal keychain, mug, poskad, beg jinjing (tote bag), sampul raya eksklusif Balai Seni Negara dan banyak lagi, ”kata kenyataan itu.

Katanya, pelbagai aktiviti interaktif turut dianjurkan, antaranya ‘Lakaran Doodle & Karikatur’, ‘Knitted Wire Art’, ‘Pottery Wheel Experience’, ‘Glowing Bookmark’, ‘Painting with Acrylic Markers’.

“Selain itu, aktiviti demonstrasi ‘Kaligrafi: Dari Jari ke Hati’, serta ‘Pressed Flower Keychain & Frame’ yang dikendalikan oleh artis dan penggiat seni tempatan, terbuka kepada pengunjung secara walk-in sepanjang program berlangsung, ”katanya lagi.

Ujarnya, pengunjung juga berpeluang menyertai sesi ‘Temu & Ramah’ bersama pelukis Fauzan Omar dan Amron Omar pada 6 Jun 2026, sambil mendapatkan tandatangan mereka sempena promosi keluaran Setem Khas ‘Koleksi Khazanah Seni Visual Negara Siri 3’.

“Bagi memeriahkan pengisian program, Balai Seni Negara turut membawakan perkongsian ilmu dalam ‘Lepak Kartun: Dari Sosiobudaya ke Budaya Kecerdasan Buatan (AI)’ di Pentas Utama PBAKL pada 7 Jun 2026 yang menampilkan Dr. Muliyadi Mahamood, Zulkiflee Anwar (Zunar) dan Dr. Hjh. Noorhazalen Hj. Saad (Leen Mafea).

“Aktiviti ini bakal menghimpunkan peminat seni kartun dan ilustrasi tempatan untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam industri kreatif tanah air, ”ujarnya lagi.

Tambahnya, sejak penyertaan pertama pada tahun 2008, Balai Seni Negara terus komited memanfaatkan platform PBAKL sebagai medium memperluas capaian masyarakat terhadap seni visual dan memperkukuh budaya ilmu serta memperkenalkan penerbitan seni tempatan kepada khalayak yang lebih luas.

“Orang ramai dan peminat seni dijemput hadir untuk memeriahkan reruai Balai Seni Negara dan menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan, di samping merebut peluang mendapatkan buku seni dan cenderamata eksklusif dengan harga istimewa.

“Untuk maklumat lanjut, layari www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat