Johor ditadbir tunggal oleh BN, tiba-tiba datang label Umno khianat – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR- Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin mengingatkan Pakatan Harapan (PH) bahawa Barisan Nasional (BN) Johor hanya bertindak mempertahankan kerusi memandangkan Johor ditadbir tunggal oleh BN.

Justeru tegas Hafiz label Umno khianat kepada PH itu sebenarnya tidak relevan memandangkan Johor dimenangi BN iaitu 40 daripada 56 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

“BN masuk pilihan raya negeri (PRN) Johor pada penggal lepas memang secara berasingan dan tidak bersama. BN bentuk kerajaan dengan memenangi 40 kerusi itu secara sendiri, kita tidak bekerjasama.

“Jadi tidak ada unsur pengkhinatan di sini. Keputusan untuk mempertahankan 40 kerusi DUN dan bertanding di 56 kerusi adalah keputusan untuk mempertahankan kerajaan yang ditadbir tunggal oleh BN.

“Maksudnya kita tidak ada pun mengkhianati sesiapa waima PH ataupun Perikatan Nasional (PN) bahkan PH dan PN masuk sebagai pengimbang kepada kerajaan, itu pun memang statusnya sampai sekarang.

“Jadi di mana pengkhianatan ini? Katanya masuk ke Johor beritahu bahawa nak kebumikan BN kemudian label kita pengkhianat, label tolak Umno. Jadi macam gini ke cara untuk jalan ke depan?

“Saya rasa orang Johor lebih tahu siapa yang sebenarnya pengkhianat, jadi ini satu perkara yang sangat mendukacitakan,” kata Hafiz.

Tegas beliau lagi, keputusan bertanding semua kerusi tidak pun membawa kami mengherdik dan melabel kalian.

“Satu negara, datang ke bumi Johor , label kami pengkhianat, mahu kebumi kami?

“Tak mengapa, biar orang Johor tentukan sendiri nanti,” ujarnya dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat