Soundcore buka lembaran baru Audio pintar dengan teknologi ANKER Thus™ Ai terkini

Soundcore, jenama audio pintar di bawah Anker Innovations dan jenama audio wireless nombor satu dunia, kini bersedia membuka lembaran baru dalam segmen audio premium menerusi pelancaran earbud utama generasi barunya yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei 2026. Produk baru ini dilihat sebagai antara pelancaran paling signifikan syarikat itu dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran premium True Wireless Stereo (TWS) yang semakin berkembang.

Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, earbud utama baru soundcore ini dijangka membawa pembaharuan besar dalam pengalaman audio menerusi gabungan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi audio pintar yang direka untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden pengguna.

Apa yang paling menonjol mengenai produk ini ialah pengenalan teknologi ANKER Thus™, yang diperkenalkan sebagai cip audio AI neural-net compute-in-memory pertama di dunia. Teknologi ini dijangka menjadi tunjang utama kepada prestasi peranti tersebut dengan menawarkan keupayaan pemprosesan yang jauh lebih pantas dan cekap berbanding teknologi sedia ada.

Dengan menggabungkan pemproses dan memori dalam satu sistem, ANKER Thus™ dikatakan mampu memberikan sehingga 150 kali kuasa pengkomputeran lebih tinggi. Dari sudut penggunaan harian, peningkatan ini bukan sekadar nombor di atas kertas, sebaliknya diterjemahkan kepada pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan pintar.

Menerusi earbud utama baru soundcore ini, pengguna dijangka menikmati pengalaman panggilan yang lebih jelas walaupun berada dalam persekitaran bising. Teknologi AI berupaya mengenal pasti dan mengasingkan suara pengguna daripada bunyi latar belakang seperti trafik, perbualan orang ramai atau bunyi persekitaran lain.

Selain itu, ciri Active Noise Cancellation dijangka menjadi lebih pintar dengan keupayaan menyesuaikan tahap pembatalan bunyi secara automatik mengikut keadaan sekeliling pengguna. Sama ada ketika berada di dalam pengangkutan awam, di pejabat, di pusat beli-belah atau di kawasan awam yang sesak, sistem tersebut mampu bertindak balas secara masa nyata bagi memberikan pengalaman mendengar yang lebih selesa.

Produk ini juga dijangka menawarkan keupayaan Voice Control yang lebih responsif serta Signature Sound yang dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman audio yang lebih kaya dan lebih diperibadikan mengikut corak penggunaan pengguna.

Di samping prestasi, kecekapan tenaga turut menjadi salah satu fokus utama. Melalui penggunaan cip AI baru ini, earbud tersebut dijangka mampu memberikan penggunaan bateri yang lebih optimum, sekali gus membolehkan pengguna menikmati tempoh penggunaan lebih panjang tanpa gangguan.

Pelancaran earbud utama baru soundcore ini hadir ketika pengguna semakin mencari peranti audio yang bukan sahaja menawarkan kualiti bunyi baik, tetapi juga mampu menyokong gaya hidup digital yang semakin aktif dan saling berhubung. Dengan inovasi AI yang diperkenalkan, produk ini berpotensi menjadi penanda aras baru dalam evolusi teknologi audio pintar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat