KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari pelajar aliran tahfiz selama ini ini tidak bermasalah untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sama seperti pelajar lain asalkan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak bila pula aliran tahfiz bermasalah untuk ke IPTA? Selama ini, mereka yang mengikuti aliran tahfiz menduduki SPM sama seperti pelajar lain, dan masuk ke IPTA/IPTS tanpa sebarang masalah.
“Kenapa perlu dikeluarkan kenyataan khusus sebut tentang lepasan tahfiz ini?
“Akui sahajalah, kerajaan mahu umumkan untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sahaja sebenarnya.
“Janganlah main silap mata. Betul-betul Madani,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi, susunan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam bahawa pelajar lepasan tahfiz dan UEC dah boleh masuk kursus tertentu dalam IPTA dengan mohon menerusi UPUOnline, ramai penyokong Madani sedang berhempas pulas mengelirukan keadaan.
“Kononnya walaupun kelonggaran diberikan, dalam masa yang sama, dinyatakan kewajipan ada Sijil SPM.
“Sekali baca kita rasa okeylah. Selamat. Kot mana pun kena ada SPM. Jadi tak kisahlah dia nak ada sijil UEC pun.
“Tapi ada perkara yang halus yang mungkin kita tak sedar. Untuk kemasukan ke dalam IPTA selepas SPM ada sistem merit. Sistem merit ni adalah seperti berikut; Markah Akademik : 90%; Markah Koko : 10%.
‘Markah akademik 90% pula dipecahkan kepada- 40%: Subjek Teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik); 30%: Subjek Pakej (Pakej Aliran STEM A/B/C atau Sastera); 10%: Subjek Terbaik (Baki subjek terbaik).
“Okey katalah Si A adalah pelajar sekolah Cina yang ambil UEC. Kemudian dia ambil SPM hanya subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah (subjek minimum untuk dapat Sijil SPM).
“Untuk dia masuk ke IPTA menerusi sistem merit, adakah bagi markah subjek teras, subjek BI, Math, subjek pakej, subjek terbaik lain, akan diambil dari sijil UEC?
“Kalau ya, ini sudah menjadi pengiktirafan sijil UEC secara halus.
“Juga adakah adil kepada pelajar yang ambil subjek subjek SPM bila mereka bersaing untuk markah merit dengan pelajar ambil subjek sijil UEC?
“Ini perlu diberi penjelasan oleh pihak KPM supaya rakyat Malaysia jelas. Adakah Kerajaan nak iktiraf UEC secara halus? soal beliau.



