KDN tempatkan polis di stesen minyak pantau ketirisan bahan api – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diberi peranan untuk menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global.

Menteri KDN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, buat masa ini, bekalan bahan api negara berada dalam keadaan mencukupi dan terkawal.

Namun kata beliau, dalam memastikan kestabilan ini berterusan, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan setiap titisan sumber negara diurus dengan berintegriti dan tidak disalahgunakan.

“Pagi ini, dalam perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri, saya menekankan realiti cabaran semasa yang dihadapi, khususnya ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada krisis tenaga global yang sedang melanda.

“Situasi ini bukan sahaja memberi tekanan kepada negara-negara besar, malah tempiasnya turut dirasai oleh Malaysia, terutama dalam aspek pengurusan ekonomi dan kawal selia bekalan bahan api.

“Sehubungan itu, saya turut berkongsi dapatan hasil tinjauan saya di lapangan, khususnya di sempadan negara, yang memperlihatkan tahap kesiapsiagaan pasukan penguat kuasa kita berada pada tahap yang baik, namun tetap memerlukan penambahbaikan berterusan selaras dengan dinamika ancaman semasa,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat