Demokrat AS Bakal Bentang RUU Tubuh Suruhanjaya Singkir Trump

WASHINGTON — Ahli Parti Demokrat Amerika Syarikat, Jamie Raskin, bercadang memperkenalkan rang undang-undang bagi menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menilai keupayaan seseorang presiden menjalankan tugas rasmi.

Cadangan itu dilihat sebagai usaha menyediakan mekanisme alternatif selain proses pemecatan (impeachment), khususnya dalam situasi melibatkan isu kesihatan fizikal, mental atau faktor lain yang boleh menjejaskan kepimpinan negara. 

Menurut laporan, suruhanjaya dwipartisan itu dicadangkan mempunyai 17 anggota dan berperanan menilai sama ada presiden masih layak memegang jawatan berdasarkan pelbagai faktor termasuk keupayaan kognitif dan keadaan kesihatan. 

Cadangan tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya pernah dikemukakan oleh Raskin pada tahun 2020 ketika pentadbiran Donald Trump penggal pertama. Namun, ia kembali menjadi perhatian susulan perkembangan geopolitik terkini serta tindakan ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iran. 

Dalam masa sama, sebahagian ahli Demokrat kini mula membincangkan kemungkinan menggunakan Pindaan ke-25 Perlembagaan AS atau proses impeachment bagi menghadkan kuasa presiden, khususnya selepas kenyataan keras Trump berkaitan konflik Iran yang mencetuskan kebimbangan. 

Bagaimanapun, usaha tersebut dijangka berdepan halangan besar memandangkan Dewan Perwakilan ketika ini dikuasai Parti Republikan yang secara umumnya menyokong kepimpinan Trump. 

Sebelum ini, Trump pernah berdepan dua prosiding impeachment semasa penggal pertamanya, namun kedua-duanya berakhir dengan pembebasan oleh Senat. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat