KUALA LUMPUR – Penubuhan banyak parti tidak menguntungkan sebaliknya hanya akan memecah belahkan orang Melayu.
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pembentukan beberapa parti hanya membuatkan Melayu bersaing sesama sendiri yang pada akhirnya tidak mendatangkan kemenangan.
“Pada satu masa dahulu Melayu bersatu melalui satu parti iaitu Umno sehingga mereka berjaya mengalahkan British.
“Yang penting bukan Umno tetapi perpaduan melalui Umno.
“Hari ini ramai yang berpendapat Umno yang kalahkan British. Jadi parti boleh beri kemenangan.
“Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecah belahkan orang Melayu. Mereka bersaing sesama mereka. Tidak mungkin ada antara mereka yang menang,” kata bekas Perdana Menteri itu.
Susulan itu, ujar beliau pemimpin-pemimpin parti Melayu ini kalah kerana berpecah.
“Mereka kalah. Negara tergadai.
” Tanah Melayu sudah jadi tanah orang lain.
“Siapa silap? Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang terakhir bagi orang Melayu,” katanya.



