Selepas Aidilfitri, SPRM Diseru Kembali Bertugas Dengan Semangat Baharu, Kekalkan Integriti – Azam Baki

Cyberjaya – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menyeru seluruh pegawai dan kakitangannya supaya terus mengekalkan tahap integriti dan disiplin tinggi dalam melaksanakan tugas selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Ramadan yang baru berlalu bukan sekadar tempoh menahan lapar dan dahaga, sebaliknya merupakan proses membina disiplin diri, memperkukuh kawalan serta meneguhkan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam.

Menurutnya, warga SPRM perlu kembali menjalankan tanggungjawab dengan semangat baharu, tenaga yang segar serta fokus yang diperbaharui, di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi sikap berlebihan.

Beliau turut menegaskan bahawa amanah yang dipikul oleh warga SPRM adalah besar, memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi agar agensi itu terus melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran, keberanian dan profesionalisme.

Dalam masa sama, Azam Baki mengingatkan bahawa pegawai SPRM perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran termasuk kritikan, persepsi negatif serta fitnah daripada pihak tertentu yang tidak selesa dengan penguatkuasaan undang-undang.

“Namun, kita tidak boleh dan tidak akan terpesong daripada tanggungjawab kita. Kita perlu teguh dalam prinsip dan kekal fokus kepada misi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa integriti, disiplin dan komitmen terhadap rakyat harus terus menjadi asas dalam setiap tindakan warga SPRM, selain membiarkan hasil kerja dan pencapaian menjadi bukti kepada usaha yang dilakukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat