SPRM Syor 3 Akta Baharu Untuk Cegah Salah Guna dan Penyelewengan Dana Awam

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan tiga akta baharu digubal oleh kerajaan bagi memastikan penyelewengan dan salah guna dana awam dapat dicegah dengan lebih berkesan di negara ini. 

Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan kewangan negara, termasuk dana kerajaan dan kutipan derma oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan dana publik memetik laporan Berita Harian Online. 

Cadangan tersebut bertujuan mengisi kelompongan undang‑undang sedia ada yang didakwa tidak mencukupi untuk menangani bentuk penyalahgunaan dana berskala besar yang boleh merugikan negara. 

Menurut sumber, perbincangan awal menunjukkan akta baharu ini akan memberi kuasa lebih luas kepada agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk menyiasat, mendakwa dan menghentikan sebarang aktiviti yang melibatkan penyalahgunaan dana awam atau derma secara tidak sah. 

Penggubalan tiga akta baharu ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan kerangka undang‑undang anti rasuah dan tadbir urus kewangan negara. 

Langkah ini turut mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap isu rasuah besar dan pentingnya peraturan yang lebih ketat untuk melindungi dana rakyat, khususnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat