Israel Lancar Serangan Besar-besaran ke atas Tehran, Ketegangan Timur Tengah Meningkat

TEHRAN – Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas ibu kota Iran, Tehran, pada Isnin, menyasarkan sasaran infrastruktur strategik, kata pihak tentera Israel, tanpa mengulas secara terperinci.

Ketua United States Central Command, Laksamana Brad Cooper, dalam temu bual yang disiarkan kepada saluran satelit berbahasa Farsi, Iran International, mendakwa Iran melancarkan misil dan dron dari kawasan penduduk, dan kawasan itu mungkin menjadi sasaran serangan balas. Beliau menasihatkan orang awam Iran supaya kekal di dalam rumah buat masa ini.

Di Teluk Arab, pertahanan udara United Arab Emirates berjaya memintas satu misil berhampiran Pangkalan Udara Al Dhafra, namun seorang cedera akibat serpihan. Siren amaran turut berbunyi di Bahrain dan Kuwait, manakala Saudi Arabia mengumumkan misil yang mensasarkan Riyadh berjaya dipintas dan beberapa dron dimusnahkan di Wilayah Timur yang kaya minyak.

Ketegangan itu turut menjejaskan pasaran tenaga dunia. Harga minyak Brent kini sekitar US$112 setong (kira-kira RM440), meningkat hampir 55% sejak perang bermula pada 28 Februari. Fluktuasi pasaran saham global turut dilaporkan, mencetuskan kebimbangan terhadap krisis tenaga dunia.

Selain menyerang Israel dan pangkalan Amerika, Iran juga mensasarkan infrastruktur tenaga jiran Teluk Arab dan mengawal ketat Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dunia. Iran menegaskan selat itu kekal terbuka, tetapi tidak untuk kapal Amerika, Israel atau sekutu mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat