Siapa Ketua Pembangkang akan diumum sebelum akhir Mac – Samsuri

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta semua pihak menunggu keputusan siapa yang akan dipilih menjadi Ketua Pembangkang yang baharu.

Beliau berkata, keputusan akan diketahui sebelum akhir bulan ini dan masih ada beberapa hari lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu itu enggan mengulas lanjut kenyataan Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad, menyokong sekiranya Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang namun bukan calon Perdana Menteri daripada Pas.

“Sebelum akhir bulan ini…..Insya-Allah kita akan maklumkan…sekarang belum sampai akhir bulan lagi.

“Tunggu lah…..tunggu sedikit masa sahaja lagi,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan Negeri Terengganu di Penempatan Semula Nelayan (PSN) Benting Lintang, lapor Harian Metro di Besut pada Selasa.

Terdahulu Naib Presiden Pas itu, menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, jawatan berkenaan yang disandang Ahli Parlimen Larut yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen daripada Pas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat