MIC kini rasmi jadi komponen PN – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan permohonan MIC menyertai gabungan itu diluluskan Sabtu lalu.

Beliau berkata, surat rasmi itu akan diserahkan kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, malam tadi.

“Kemasukan MIC diluluskan sejak Disember tahun lalu, namun pada mesyuarat PN Sabtu lalu, kita mengesahkan secara rasmi kemasukan parti berkenaan menjadikan lima parti anggota setakat ini,” katanya menurut BH selepas Penyampaian Sumbangan Kepada Penggerak Pas Kota Bharu di Kelantan.

Terdapat lebih lima parti lain turut memohon untuk menyertai PN, tetapi beliau enggan mendedahkan parti terbabit.

Menurutnya, permohonan itu menyaksikan pimpinan baharu PN lebih inklusif kerana jawatan diberikan kepada pelbagai parti.

“Jika sebelum ini yang memegang jawatan adalah PAS dan Bersatu, namun kini menyeluruh. Malah MIC yang baru menyertai PN pun mungkin diberi jawatan.

“Selain terbuka kepada mana-mana parti, kita juga buka kepada NGO dan ahli bersekutu.

“Dalam PN ada tiga kategori, iaitu parti anggota, ahli bergabung NGO atau parti yang mesra kepada PN dan ahli bersekutu terdiri daripada individu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat