163 rakyat Malaysia terkandas konflik Asia Barat selamat tiba di KLIA

KUALA LUMPUR – Seramai 163 rakyat Malaysia yang terkandas akibat konflik di rantau Asia Barat tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 12.32 tengah hari tadi.

Penerbangan sewaan khas pesawat Malaysia Airlines MH8503 dari Jeddah, Arab Saudi itu membawa seramai 170 penumpang yang terjejas akibat gangguan penerbangan dan penutupan ruang udara di rantau berkenaan.

Daripada jumlah keseluruhan, 163 adalah warganegara Malaysia, manakala tujuh lagi ahli keluarga bukan warganegara, iaitu lima warga Thailand dan masing-masing seorang warga Indonesia dan Maghribi.

Penerbangan berkenaan adalah sebahagian daripada Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat yangdiselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sokongan Kementerian Luar (KLN) serta Perwakilan Malaysia di luar negara.

Operasi itu membabitkan penumpang berusia antara empat hingga 88 tahun, termasuk kanak-kanak, pelajar serta warga emas.

Penumpang yang tiba terdiri daripada jemaah Umrah Malaysia yang terkandas di Arab Saudi, rakyat Malaysia yang berada di Qatar serta pelajar Malaysia di Jordan dan Syria yang terjejas akibat pembatalan penerbangan berulang.

Turut dibawa pulang ialah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi, lapor BH di Sepang pada Rabu.

Pesawat berkenaan berlepas kira-kira jam 4.10 petang semalam dari KLIA bagi melaksanakan misi membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat ketegangan di rantau Asia Barat.

Pesawat tiba di Jeddah pada jam 8.50 malam waktu tempatan semalam sebelum meneruskan penerbangan pulang ke tanah air pada jam 10.20 malam (waktu Jeddah).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat