Hamzah tidak akan kembali ke UMNO, namun terbuka bekerjasama demi agenda “Reset”

PUTRAJAYA, – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan beliau tidak akan kembali menyertai UMNO walaupun terdapat pelawaan terbuka daripada parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Ahli Parlimen Larut itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam usaha menjayakan agenda “Reset” yang diperjuangkannya bagi membetulkan pelbagai isu yang dihadapi negara ketika ini.

Menurut Hamzah, beliau tidak melihat keperluan untuk kembali menjadi ahli mana-mana parti tertentu kerana sudah mempunyai sokongan daripada pelbagai pihak dalam blok pembangkang.

“Tak payah masuk (UMNO). Banyak parti yang bersama saya, jadi saya tengoklah macam mana untuk masa depan rakyat.

“Yang penting pada saya adalah semuanya bersetuju untuk kita reset segala apa yang berlaku dalam negara kerana ada perkara yang pasti perlukan pembetulan,” katanya kepada Sinar Harian malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar bersama Ketua Pembangkang di Putrajaya pada Isnin.

Hamzah turut menegaskan bahawa usaha melakukan pembaharuan atau “reset” terhadap beberapa dasar dan pendekatan pentadbiran negara memerlukan sokongan pelbagai pihak, termasuk UMNO sebagai antara parti politik terbesar di negara ini.

“Kita perlukan kekuatan untuk lakukan (agenda Reset), maka sudah tentu UMNO menjadi salah satu anggota yang patut bersama dalam perjuangan ini bagi memastikan segala apa yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, UMNO dilaporkan membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian serta individu yang berminat untuk kembali bersama perjuangan parti melalui gagasan Rumah Bangsa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii turut menggesa Hamzah bersama penyokongnya supaya kembali menyertai UMNO tanpa perlu menubuhkan parti politik baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat