STR Fasa 2 diawalkan bermula 10 Mac – PM

KUALA LUMPUR – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan diawalkan dan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya.

Menurut beliau, pembayaran ini dijangka membantu jutaan rakyat membuat persiapan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

“Jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada 5.2 juta, berbanding 5 juta pada Fasa 1.

“Bagi Fasa 2, Kerajaan menyediakan peruntukan RM1.3 bilion, meningkat daripada RM1.1 bilion pada Fasa 1, Januari lalu. Ini termasuk 200,000 penerima baharu yang diluluskan, yang akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.

“Secara keseluruhan, bantuan STR Fasa 2 akan memanfaatkan 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM600 mengikut kategori kelayakan.

“Peluasan penerima STR Fasa 2 membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat bantuan sosial kerajaan, khususnya ketika negara menghampiri perayaan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Anwar menegaskan, melalui STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta SARA untuk semua, Kerajaan Madani terus berusaha memastikan hasil negara dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh rakyat, terutama golongan yang memerlukan.

“Bagi tahun 2026, peruntukan keseluruhan STR dan SARA berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta Soalan Lazim (FAQ) melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat