PUO lancar program Ihya’ Ramadan perkukuh pembangunan insan, budaya kerja berprestasi tinggi

Oleh Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO), sebagai institusi Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) pertama negara terus memperkasa agenda pembangunan insan holistik menerusi pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2026 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataan berkata program yang menghimpunkan kira-kira 200 warga kampus ini menjadi antara platform strategik dalam menyokong aspirasi Reformasi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) serta pelaksanaan Iltizam 2026 ke arah lonjakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

“Program ini dirangka selaras dengan fokus Iltizam 2026 yang menekankan pemantapan budaya kerja cemerlang, tadbir urus berintegriti serta pembinaan modal insan berkualiti tinggi.

“Sepanjang bulan Ramadan Ramadan al Mubarak, mpelbagai aktiviti pengimarahan akan dilaksanakan antaranya, PUO Quran Hour bagi memperkukuh budaya ilmu dan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan dan institusi; dan Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Nuzul Quran.

“Selain itu, Program Iftar Jamaie dan Moreh Perdana yang menggalakkan semangat kebersamaan warga kampus; dan Sumbangan Kotak Ramadan PUO sebagai manifestasi tanggungjawab sosial institusi, ”kata kenyataan itu.

Katanya, pendekatan menyeluruh ini mencerminkan komitmen PUO dalam membina ekosistem kampus yang bukan sahaja cemerlang akademik dan teknikal, malah seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan sosial.

Inisiatif ini turut menyokong agenda Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kemampanan dalam pembangunan masyarakat.

“Bertemakan ‘Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara’, program ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi, produktiviti serta daya saing warga PUO, seterusnya memperkukuh reputasi institusi sebagai peneraju TVET berimpak tinggi di peringkat nasional, ”katanya lagi.

Tambahnya, PUO akan terus komited memperkasa pembangunan modal insan yang holistik dan berteraskan nilai, selari dengan aspirasi pendidikan negara.

Dalam pada itu, pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PUO, Norman Zamri yang mewakili Pengarah PUO.

Norman berkata kecemerlangan institusi perlu digerakkan secara seimbang antara pencapaian akademik, kompetensi teknikal dan pengukuhan nilai sahsiah.

Katanya, sebagai Politeknik APEX, PUO terus komited melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten dan relevan dengan industri, malah memiliki integriti, disiplin dan jati diri yang kukuh.

“Ramadan adalah platform terbaik untuk membina kepimpinan kendiri, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menyemai nilai MADANI dalam organisasi,” ujar beliau.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat