Tak perlu sembang kencang ugut PM – Akmal tempelak MP Kota Melaka

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menempelak desakan disuarakan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, susulan laporan berkait pemilikan sahamnya seperti dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Hal ini susulan wakil rakyat DAP itu memberi kata dua kepada kerajaan dengan menegaskan “Azam Baki perlu letak jawatan. He have to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi). He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi)”.

“Tidak perlu acah-acah nak ugut Perdana Menteri. Kalau berani, jalanlah sekarang!

“Ini sembang kencang,tapi penakut sayangkan jawatan. Orang suruh letak jawatan dari awal, tapi sampai sekarang habuk pun tiada.

“Bak kata Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang sebelum ni kepada saya ,kalau anak jantan,letaklah jawatan

“Jadi saya nak tanya DAP pula,ada berani ke letak jawatan sekarang? Ke tak cukup jantan untuk tinggalkan jawatan dan elaun tu… sembang boleh lah pek,” selar Adun Merlimau itu.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata, kegagalan kerajaan bertindak tegas dikhuatiri akan mengakibatkan rakyat serta pengundi hilang keyakinan kepada kerajaan hari ini.

Beliau berkata, ini kedua isu pemilikan saham dikaitkan Azam dibongkarkan, lantas meminta kerajaan mengambil tindakan tegas.

“Sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, rakyat akan datang, (ketika) mengundi akan hukum kita.

“Saya harap masa bahas saya tamat tapi jangan tempoh kita jadi kerajaan tamat selepas pilihan raya akan datang,” katanya berucap membahasakan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul untuk membahaskan isu pegangan saham yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, dengan alasan perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana sebuah jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan.

Surat yang mengandungi cadangan usul itu dikemukakan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) ke pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, dengan berhujah bahawa perkara itu adalah mendesak dan wajar dibincangkan segera di Dewan

Sebelum ini, lapan Ahli Parlimen PKR turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggantung tugas Azam dan menyegerakan siasatan bebas serta telus ke atas beliau berkait dakwaan pemilikan saham.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mewakili kumpulan wakil rakyat itu menegaskan, tidak berbaloi kepada Pakatan Harapan (PH) dan Anwar dihukum oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atas tuduhan-tuduhan yang membabitkan seorang penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, kelmarin memaklumkan Azam sudah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu pemilikan saham kepada Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan kerajaan.

Katanya, berdasarkan laporan awal diterima, jawatankuasa itu sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham berkenaan oleh Azam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat