Beranikah Anwar pecat Rafizi, ahli langgar disiplin? – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Batu Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoal keberanian Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR untuk bertindak dan memecat Datuk Seri Rafizi Ramli serta ahli-ahli parti itu yang melanggar etika dan disiplin parti.

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan itu juga bertanya, adakah Anwar seberani Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin dan pemimpin Bersatu lain untuk melakukan tindakan sama?

“Kalau Muhyiddin berani pecat Hamzah dan yang lain-lain kerana atas kesalahan melanggar etika parti, nak tanya PKR tak berani ke untuk bertindak seperti parti Bersatu yang selamba sahaja memecat ahli-ahlinya yang melanggar etika dan displin parti?

“Saya nak tengok sangat keberanian PMX selaku Presiden PKR bertindak ke atas Rafizi.

“Kalau hanya bercakap tentang ahli-ahli parti yang merengek, mempertikaikan keputusan dan dasar parti di Konvensyen-konvensyen PKR negeri yang sedang berlangsung. Ianya ibarat hanya kosmetik politik dan bersikap NATO iaitu “No Action Talk Only”.

“Dunia politik PKR kini ibarat senjata pembunuh makan tuan, anjing ganas upahan membaham pemiliknya sendiri dan khadam utama meracuni tuannya sendiri. Itu namanya kifarah yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka yang tidak pernah ikhlas, jujur dan hipokrit dalam perjuangan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Gulam Muszaffar berkata demikian mengulas demonstrasi aman di hadapan Bangunan Sogo yang dianjurkan oleh satu Sekretariat Tangkap Azam Baki yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi dan beberapa lagi ahli Parlimen dari PKR seperti Nik Nazmi, Wong Chen dan Rodziah Ismail.

“Nampaknya Rafizi telah kembali dengan watak dan karakter dia yang sebenarnya semasa menjadi pembangkang sebelum ini. Di dalam ucapannya seperti yang pernah kita dengari iaitu “Kita sayang dan kena selamatkan Malaysia”.

“Naratif yang agak lapuk dan sentiasa digunakan oleh beliau sejak menyertai PKR dan menjadi ahli politik.

“Dulu masa jadi “khadam utama” kepada boss dia PMX, naratif selamatkan Malaysia dijaja merata pelusuk di dalam Kempen Ayuh Malaysia, kini Boss dia sudah menjadi PM, nak selamatkan Malaysia apa lagi? Nak tanya adakah PMX tak selamat atau Malaysia yang tidak selamat?

“Sepatutnya kena tukar naratif iaitu selamatkan PKR bukan Malaysia. Tak fahamlah dengan Rafizi ni. Sepatutnya demo semalam naratifnya “Selamatkan PKR” agar apa yang diperjuangkan dalam gerakan reformasi boleh diangkat semula,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat