JOHOR BAHRU, – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menghadiri program Hari Bersama Komuniti (HBK) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Desa Belantik, di sini hari ini.
Program menampilkan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran penggunaan digital secara berhemah, khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Sepanjang 2025, sebanyak 9,666 program kempen itu dilaksanakan di seluruh negara .
HBK turut menampilkan pelbagai Perkhidmatan Pintar NADI termasuk e-Sukan, Tuisyen DiLea dan keusahawanan, selain penyertaan agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sehingga Disember 2025, Perkhidmatan Pintar NADI merekodkan 1.4 juta penyertaan di seluruh negara



