“Cari makan hanya dengan hina agama Hindu, agama lain” – Firdaus Wong cabar MP Klang ulang kenyataan di luar Parlimen

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mencabar Ahli Parlimen Klang Ganabatirau Veraman mengulang kenyataan di luar Dewan Rakyat kononnya Firdaus Wong dan penceramah kontroversi Zamri Vinoth mencari makan hanya dengan menghina agama Hindu dan agama lain.

“Ganabatirau Veraman kalau berani, awak ulang kenyataan awak ini di luar Parlimen. Ulang setiap perkataan yang sama.

“Berani atau sekadar retorik dan berani dalam Parlimen sahaja? selar Firdaus Wong dalam hantaran di Facebook beliau.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan V Ganabatirau dalam Dewan Rakyat menyebut berkait isu Zamri Vinoth dan Firdaus Wong bukan hanya berkait penahana baru-baru ini tetapi ratusan laporan polis dari beberapa tahun telah dibuat ke atas mereka.

“Atas penghinaan agama, khasnya agama Hindu dan mereka sentiasa cerca.

“Saya nampak cara mereka mencari makan hanya dengan menghina agama Hindu dan agama lain.

“…dan kita perlu faham, ini bukan hanya satu perhimpunan awam. Perhimpunan ini bertujuan untuk meroboh kuil. Saya tak cakap hari ini sahaja tapi ratusan laporan polis bertahun-tahun di buat sehingga hari ini tak ada tindakan,” kata Ganabatirau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat