Syed Saddiq Kumpul Duit Kerja Sambilan, Sasar Sumbang 100 iPad Untuk Pelajar Muar

MUAR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan beliau kini hampir mencapai sasaran untuk membeli 100 unit iPad yang akan diagihkan kepada anak-anak di kawasan Parlimen Muar.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, beliau berkata usaha tersebut dilakukan hasil wang yang dikumpul sendiri melalui kerja sambilan sejak beberapa bulan lalu.

“Berbulan-bulan saya kumpul duit buat kerja sambilan untuk belikan 100 iPad untuk anak-anak di Muar. 99% there. Just a little bit more to go. Insha’Allah. Doakan. I want the best for Muar,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, turut disertakan video yang memaparkan beliau sedang memeriksa iPad yang dipercayai bakal dibeli untuk tujuan berkenaan.

Syed Saddiq sebelum ini sering berkongsi inisiatif pendidikan di Muar termasuk bantuan peranti digital dan program pembangunan pelajar, khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah.

Langkah terbaharu ini dilihat sebagai usaha berterusan beliau dalam membantu akses pembelajaran digital, selaras dengan keperluan pendidikan masa kini yang semakin bergantung kepada teknologi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat