Kekal hukuman pecat terhadap Wan Saiful – MPT Bersatu

KUALA LUMPUR – Lembaga Rayuan Bersatu didesak mengekalkan hukuman pecat terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan demi maruah, kelangsungan dan kelestarian perjuangan Bersatu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Dr Ruhanie Ahmad berpendapat, sesiapa sahaja yang melanggar seluruh tuntutan di atas, wajar dikenakan hukuman yang paling maksiumum.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Lembaga Rayuan Bersatu telah bersidang pada 4 Februari 2026, untuk menuntas serta merincikan rayuan Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang telah dipecat daripada Bersatu pada 14 Oktober 2025.

“Selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, saya amat berbesar hati jika LR dapat memberikan keputusannya mengenai rayuan di atas, dalam tempoh yang agak segera.

“Saya juga lahirkan setinggi-tinggi harapan, agar Lembaga Rayuan dapat mengekalkan hukuman pecat ke atas Wan Saiful, seperti yang telah diputuskan oleh
Lembaga Disiplin Bersatu sebelum ini.

“Ini adalah satu harapan yang ikhlas dan murni, demi maruah, kelangsungan dan kelestarian perjuangan Bersatu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, beliau juga merayu kepada pemimpin dan ahli Bersatu di semua peringkat, supaya sentiasa junjung keluhuran Perlembagaan parti, institusi presidennya, misi dan visi perjuangannya, peraturannya, adab susilanya, kesetiakawanannya, serta keunggulan jati dirinya.

Sehubungan dengan itu, Ruhanie berkata, ketegasan sebegini perlu kita sokong sepenuhnya, kerana inilah pendekatan terbaik untuk kita menjamin kekuatan parti Bersatu dan untuk kita hindarkan pelbagai ancaman yang boleh melumpuhkannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat