Pernahkah Tok Guru Nik Aziz guna istilah haram kepada rumah ibadat kaum lain? – Jelutong tanya Pasir Mas

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer meminta Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengemukakan bukti sekiranya bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengguna pakai istilah rumah ibadat haram terhadap mana-mana rumah ibadat.

Menurut Rayer, sepanjang ingatan beliau terhadap Allahyarham Nik Aziz sewaktu menjawat jawatan Mursyidul Am Pas tidak pernah sekali pun bekas Menteri Besar Kelantan itu mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati mana-mana kaum lain.

“Ketika kita sedang cuba menyelesaikan isu-isu melibatkan rumah-rumah ibadat, saya rasakan bahawa ucapan yang dibuat oleh ahli Parlimen Pasir Mas ini adalah sesuatu ucapan yang sungguh tidak bertanggungjawab. Jadi saya mohon beliau menjelaskan mana satu rumah ibadat yang dirujuk oleh beliau?

“Soalan cepu mas saya kepada beliau adalah pernahkah Mursyidul Am Pas Allayarham Tok Guru Nik Aziz menggunakan kenyataan-kenyataan begitu terhadap rumah-rumah ibadat?

“Pada hemat saya, daripada ingatan saya ketika Allayarham Tok Guru Nik Aziz masih hidup lagi, beliau telah menyarankan supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa saling memahami satu sama lain dan juga adanya sikap tolak-ansur di antara satu pihak dan pihak yang lain.

“Jadi daripada ingatan saya Allayarham Tok Guru Nik Aziz yang satu ketika dulu menjadi Mursyidul Am Pas tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hati mana-mana kaum yang lain.

“Jadi, kalau boleh saya minta yang berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas buktikan kepada saya pernahkah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan rumah ibadat haram terhadap mana-mana rumah ibadat? soal Ahli Parlimen Jelutong itu dalam sidang medianya di Parlimen pada Selasa.

Beliau terdahulu mengemukakan usul rasmi untuk merujuk Ahli Parlimen Pasir Mas ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan penggunaan istilah ‘rumah ibadat haram’ dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Justeru, disebabkan oleh kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, muncul di media sosial termasuk Facebook dan TikTok ini telah menjadi iaitu satu bahan perbualan sindiran yang menjadi isu di antara satu pihak dan pihak yang lain yang boleh mencetuskan pelbagai polemik dan juga ketegangan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Pokoknya adalah kita sebagai warganegara Malaysia perlu mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan juga mematuhi Rukun Negara apabila yang telah menyatakan dengan jelas untuk pihak-pihak Ahli Parlimen tidak berucap ataupun mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan apa-apa ketegangan kaum dan rakyat Malaysia untuk pecah belah dan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan masalah di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ketegangan kaum,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat