Pas gagal urus perbezaan dalam parti sendiri, tak layak pimpin negara majmuk – Mahfuz

KUALA LUMPUR – Perlis mesti menjadi amaran nasional, kata Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, hal ini apabila Pas gagal mengurus perbezaan dalam parti sendiri, bermakna Pas tidak layak memimpin negara majmuk yang lebih besar dan lebih mencabar.

Naib Presiden Amanah itu memgingatkan, rakyat tidak boleh terus dijadikan sandera emosi politik dan mangsa dendam kuasa.

“Krisis politik Perlis bukan lagi isu dalaman parti, tetapi telah berubah menjadi krisis keyakinan awam terhadap keupayaan Pasnmengurus kuasa secara adil dan berakhlak.

“Percanggahan terbuka antara keputusan Presiden Pas dengan kenyataan Mursyidul Am bahawa pemecatan 3 ADUN masih boleh disemak Majlis Syura membuktikan satu hakikat pahit: PAS sedang berhadapan krisis autoriti, krisis kepimpinan dan krisis kejelasan prinsip.

“Lebih malang, konflik ini tidak diselesaikan secara adil, sebaliknya rakyat di DUN terbabit dihukum dua kali. kehilangan wakil rakyat dan diseret menjadi mangsa perbalahan dalaman parti.

“Islam tidak pernah mengajar ketaatan membuta tuli. Keberanian menegur, berbeza pandangan dan menuntut keadilan adalah asas siasah Islam,” katanya.

Namun katanya,dalam krisis Perlis, Pas memilih pendekatan politik lama menutup ruang perbezaan, menghukum yang bersuara dan menjadikan kuasa sebagai alat disiplin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat