Patah tumbuh hilang berganti, terima kasih Dr Akmal – DAP Melaka

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong merakamkan penghargaan kepada Datuk Dr Akmal Saleh atas perkhidmatan beliau sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.

Poay Tiong juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Ketua Pemuda Umno itu.

“Patah tumbuh hilang berganti. Pasang surut lumrah duniawi.

“Terima kasih kepada Dr Akmal atas perkhidmatan beliau sebagai Exco.

“Selamat maju jaya dalam urusan masing-masing,” kata Ahli Parlimen Kota Melaka itu.

Keputusan melepaskan jawatan Exco Melaka itu diambil Akmal untuk membolehkan beliau memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.

“Bagi saya jawatan dalam kerajaan negeri tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi,” tegasnya beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat