Saya tak dijemput tapi tak terasa hati pun – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan yang kini berstatus digantung keahlian daripada parti itu mengesahkan tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Meskipun tidak dijemput, bekas Ketua Penerangan Umno itu berkata beliau tidak terasa hati.

“Tak dapat apa-apa jemputan daripada Pemuda (meskipun) hari ini persidangan Pemuda, but it’s OK,” katanya memetik BH pada Khamis.

Shahril digantung keahlian selama enam tahun kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Bagaimanapun, nasib dilihat lebih berpihak kepada rakan baiknya yang juga hos podcast Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin yang dijemput ke Perhimpunan Agung Umno 2025.

Kehadiran Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno itu turut menimbulkan tanda tanya, sama ada beliau akan kembali kepada pangkuan Umno selepas dipecat parti pada 2023 kerana didakwa memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika PRU15.

Khairy yang berpakaian baju Melayu putih lengkap bersamping merah dan bersongkok, menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda Umno atas jemputan Ketua Pemuda Umno Datuk Akmal Saleh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat