Akmal teruskan ‘menekan’ jangan biar geng DAPSY, PH bertepuk tangan – Muqharabbin

KUALA LUMPUR – Ketua Bersatu Bahagian Lembah Pantai Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menasihatkan sahabatnya, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh agar tidak melepaskan jawatan dan terus istiqamah dalam perjuangan memberi tekanan dalam partinya.

Bekas Exco Pemuda Umno itu malah menyatakan keyakinannya bahawa sekiranya Akmal memilih untuk ‘jalan terus’ beliau akan menjadi seorang pemimpin yang sangat hebat suatu hari nanti.

“Saya dapat info yang sahabat saya, Dr Akmal nak berundur daripada apa-apa jawatan DUN di Melaka ataupun di Pusat

“Pendapat saya, kalau boleh tak payahlah Dr Akmal nak letak jawatan. Sebab awak dah buat yang terbaik untuk parti awak (Umno), saya mengharapkan agar awak teruskan perjuangan terus menekan.

“Sebab kalau awak letak jawatan geng-geng DAPSY, Amanah, geng-geng yang dalam Kerajaan Perpaduan yang menekan awak tu akan bertepuk tangan.

“Bagi saya awak punya perjuangan betul untuk bangsa Melayu awak, untuk negara awak dan untuk parti awak.

“Awak tahu ujian awak ni memang berat tapi saya yakin awak sebagai kawan saya yang pernah tolong saya yang pernah hadir dalam hidup keluarga saya semasa anak saya sakit, awak datang tengok di Chiang Rai dan sebagainya bagi saya awak teruskan perjuangan tak peduli apa orang kata.

“Saya tahu one day awak akan jadi pemimpin yang sangat hebat.

“Jadi tak payahlah letak jawatan, teruskan perjuangan awak Insya- Allah saya yakin usaha awak takkan sia-sia. One day the time will come Insya-Allah teruskan perjuangan sahabat saya,” nasihat pemimpin Bersatu itu sebagai pembakar semangat buat Ketua Pemuda Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat