Jika Akmal berundur, saya juga lepas jawatan serta merta – Syed Rosli

KUALA LUMPUR – Keberanian Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh bersuara demi kebenaran wajar dihormati, bukan dipinggirkan.

Justeru Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pandan Syed Rosli Jamalullail menegaskan, sekiranya Dr Akmal mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut, maka beliau turut menyatakan pendirian yang jelas turut akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pandan

“Saya mengambil maklum gambaran dan luahan kekecewaan yang disuarakan oleh Dr Akmal Saleh yang seolah-olah memberi isyarat kemungkinan beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno.

“Sekiranya Dr Akmal mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut, maka saya dengan ini menyatakan pendirian yang jelas bahawa saya juga akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pandan serta-merta, sebagai tanda solidariti dan kesetiaan terhadap perjuangan yang dibawa oleh Dr Akmal,” tegasnya.

Menurut Syed Rosli lagi, perjuangan ini bukan soal jawatan, bukan soal merajuk atau emosi, tetapi soal prinsip, maruah dan hala tuju perjuangan Umno dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Luahan keras yang disuarakan oleh Dr Akmal harus dilihat sebagai satu usaha untuk reset, membetulkan semula arah perjuangan agar parti ini kekal berani, berprinsip dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

“Dalam susah dan senang perjuangan, saya berdiri teguh bersama Dr Akmal.

“Keberanian beliau bersuara demi kebenaran wajar dihormati, bukan dipinggirkan.

“Dr Akmal, ketahuilah bahawa saya sentiasa bersama anda. Demi agama, bangsa dan negara,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat