Umno perlukan anak muda seperti Akmal – penasihat agama Zahid

KUALA LUMPUR – Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memaklumkan bahawa Umno memerlukan anak muda seperti Datuk Dr Akmal Saleh.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno itu, Ketua Pemuda Umno itu sewajarnya terus maju ke depan memberikan pandangan.

“Dr Akmal melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda dengan menganjurkan konvensyen untuk memberikan sudut pandang dan meninjau pandangan akar umbi Umno.

“Keputusan akan dibuat oleh badan tertinggi parti iaitu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agong Umno (PAU).

“Beliau sewajarnya terus maju ke depan memberikan pandangan.

“Umno memerlukan anak muda seperti beliau,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat