SPRM kesan cubaan pindah wang tunai RM2.4 juta dalam kes tender tentera darat – Azam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan cubaan memindahkan wang tunai berjumlah kira-kira RM2.4 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan wang tunai berkenaan ditemui hasil maklumat risikan terbaru yang diterima pihaknya semalam.

Menurutnya, wang itu dijumpai ketika seorang suspek awam cuba melarikan wang berkenaan dari sebuah rumah ke kediaman lain.

“Pagi tadi saya dimaklumkan mengenai wang yang dirampas, lebih kurang RM2.4 juta dalam bentuk tunai.

“Ini adalah antara wang salah seorang subjek yang terbabit dalam kes ini yang cuba dilarikan dari satu rumah ke rumah lain,” lapor Harian Metro pada Rabu.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat kerana disyaki terbabit dalam rangkaian kartel tender projek perolehan itu.

Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat