Faham Zahid setia kepada Anwar tapi mengapa panggil parti Melayu lain sebagai ular – Zaid

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Mohd Zaid Ibrahim mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai sombong apabila melabel parti Melayu lain sebagai ular.

“Kesombongan Zahid Hamidi tidak mengenal batas.

“Bagi seorang lelaki yang kini bebas atas ehsan Perdana Menteri “reformis” yang boleh mengatasi Peguam Negaranya, kita boleh memahami kesetiaannya kepada Anwar, tetapi mengapa memanggil parti Melayu lain sebagai ular?

“Kamu boleh terus berkongsi kuasa dengan abang anda Anwar untuk dua penggal lagi, tetapi jangan berpura-pura Umno akan terselamat daripada kepupusan.

“Ia akan dimakan oleh ular dari dalam,” dakwa Zaid.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Zahid berkata, Umno tegas tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang buat masa ini.

Menurut Zahid, Umno tidak mahu dipatuk ular sama bagi kali kedua di tempat sama.

Kata beliau, Umno juga tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ khususnya dalam hubungan politik.

“Umno tidak mahu dikhianati oleh pihak yang sama dan tidak mahu episod itu berulang kembali.

“Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu dan kita belum memuktamadkannya lagi.

“Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Umno dan Pas menghidupkan semula kerjasama di bawah payung Muafakat Nasional (MN).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat