Tiga ADUN Perlis fail saman Speaker DUN cabar pengumuman kekosongan DUN

KANGAR, — Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis hari ini memaklumkan mereka telah menfailkan saman pemula di mahkamah bagi mencabar pengumuman kekosongan luar jangka bagi DUN Guar Sanji, DUN Bintong dan DUN Chuping.

Dalam kenyataan bersama, Mohd Ridzuan bin Hashim (ADUN N.13 Guar Sanji), Fakhrul Anwar bin Ismail (ADUN N.06 Bintong) dan Saad bin Seman (ADUN N.03 Chuping) berkata tindakan undang-undang itu difailkan terhadap Speaker DUN Perlis sebagai Defendan Pertama dan Dewan Undangan Negeri Perlis sebagai Defendan Kedua.

Menurut mereka, tindakan tersebut susulan kenyataan media Speaker DUN Perlis bertarikh 25 Disember 2025 yang mengumumkan berlakunya tiga kekosongan luar jangka bagi ketiga-tiga DUN berkenaan. Mereka menghormati pandangan Speaker, namun berpandangan pengumuman itu adalah terkhilaf kerana dibuat di luar bidang tugas yang diperuntukkan.

“Menerusi tindakan ini, kami menuntut keadilan daripada pihak mahkamah demi kebajikan dan kepentingan rakyat. Jika dibiarkan, penduduk di tiga kawasan ini akan kehilangan Wakil Rakyat untuk tempoh sehingga dua tahun sebelum pilihan raya negeri semula,” menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga ADUN berkenaan turut menuntut agar mahkamah mengisytiharkan pengumuman Defendan Pertama sebagai di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif, selain memohon relif dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mereka diwakili oleh peguam Mohd Jamil Yaacob daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat