Politik bukan milik individu, tiada manusia kebal daripada kesilapan – Nurul Zahid

KUALA LUMPUR – Exco Wanita Umno Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan bahawa politik bukan milik individu.

Menurut anak kepada Presiden Umno itu, politik juga bukan pentas untuk mengagungkan manusia seolah-olah mereka kebal daripada kesilapan.

“Hari ini seseorang disanjung, dipertahankan, dan dianggap penyelamat. Esok, keadaan boleh berubah. Sejarah sentiasa membuktikan, kekuasaan itu datang dan pergi, tetapi kebenaran tetap akan mencari jalannya sendiri.

“Dalam setiap ujian, ada kifarah. Bukan untuk kita menghukum atau berkata “padan muka”, tetapi untuk kita merenung.

“Kerana kifarah itu juga rahmat dan peringatan agar manusia kembali tunduk, kembali sedar bahawa jawatan hanyalah amanah, bukan hak mutlak.

“Yang benar-benar kuat bukanlah mereka yang sentiasa berada di atas, tetapi mereka yang mampu bertahan ketika diuji, kekal beradab ketika jatuh, dan masih memilih untuk bermuhasabah daripada menyalahkan orang lain,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kata Nurulhidayah lagi, dalam politik, manusia sering merancang dengan penuh keyakinan. Strategi disusun, sokongan dihitung, kekuatan dinilai.

Namun katanya, kita sering lupa bahawa di atas segala perancangan manusia, ada satu perancangan yang jauh lebih besar dan mutlak iatu perancangan Allah SWT.

“Hari ini, apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan, ia bukan semata-mata soal kalah atau menang. Ia adalah peringatan bahawa kuasa sebenar bukan di tangan manusia, bukan juga pada jawatan, pengaruh atau sorakan penyokong. Segalanya berlaku atas izin dan kehendak Allah.

“Semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan kita jalan kebenaran, yang mampu membezakan yang hak dan yang batil, melembutkan hati yang keras, dan memberi keadilan mengikut hikmah-Nya, bukan mengikut emosi manusia.

“Kerana akhirnya, politik hanyalah satu cabang kehidupan. Tetapi iman, akhlak dan keinsafan itulah yang akan menentukan bagaimana kita dikenang, bukan hanya di dunia, tetapi juga di hadapan Allah kelak.

“The best among you is the one who benefits others most”,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat