Tuanku minta dinyatakan projek mana dimaksudkan – Mufti Perlis jawab Hadi Awang

KANGAR, — Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta pihak yang mendakwa krisis Menteri Besar Perlis berpunca daripada isu projek harus tampil memberi penjelasan tuntas mengelak Istana terpalit dengan tuduhan tersebut.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Dr Maza dalam podcast bertajuk “Realti Politik: Antara Agama dan Kuasa” terbitan PromediaTajdid.

Dalam Podacast yang dihos oleh Ustaz Mohd Rizal Azizan, dan disiarkan pada pagi tadi, Dr Maza turut mendedahkan perbualannya dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis.

Menurut Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dakwaan kononnya wujud tekanan berkaitan kelulusan projek tanpa mengikut peraturan tidak wajar dibiarkan tanpa penjelasan yang jelas dan berfakta kerana ia boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi Raja serta pentadbiran negeri.

Beliau berkata, apabila timbul dakwaan bahawa krisis politik Perlis berpunca daripada isu projek, perkara itu beliau kemukakan secara langsung kepada Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Apabila timbul dakwaan bahawa wujud tekanan berkaitan isu projek, saya sendiri tertanya-tanya. Perkara itu saya ajukan kepada Tuanku, dan Tuanku meminta supaya dinyatakan secara jelas projek yang dimaksudkan serta di mana ia berlaku,” katanya.

Dipercayai ulasan ini dibuat susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang semalam mengaitkan unsur perebutan jawatan dan kepentingan projek sebagai antara punca berlakunya krisis politik di Perlis, namun tanpa menyatakan secara terperinci pihak atau projek yang dimaksudkan.

Dalam podcast berkenaan, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menolak dakwaan bahawa Istana Perlis terlibat dalam perebutan kekayaan atau campur tangan bagi kepentingan tertentu, sambil menegaskan bahawa beliau tidak melihat sebarang bentuk salah guna kuasa atau tuntutan berlebihan melibatkan institusi Raja di negeri itu.

Menurut beliau, tuduhan yang dibuat tanpa bukti bukan sahaja berbahaya dalam suasana politik yang tegang, malah boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau juga mengingatkan agar isu politik tidak dimanipulasi dengan membawa nama agama, kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan masyarakat serta menambah ketegangan yang tidak perlu.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat