Malaysia Sambut Baik Gencatan Senjata Thailand–Kemboja

Cyberjaya – Malaysia menyambut baik persetujuan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang berkuat kuasa pada jam 12.00 tengah hari (UTC+7), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, keputusan kedua-dua pihak untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan masing-masing mencerminkan kesedaran bersama bahawa sikap menahan diri amat diperlukan, khususnya demi kepentingan dan keselamatan orang awam.

Anwar berkata, Kenyataan Bersama yang dimeterai turut menggariskan langkah-langkah praktikal dan positif, termasuk pengesahan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN serta penubuhan saluran komunikasi secara langsung antara pihak berkuasa pertahanan kedua-dua negara.

“Langkah-langkah ini menyediakan asas kepada kestabilan, dan saya berharap kedua-dua pihak akan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seiring dengan penyerahan jawatan Pengerusi ASEAN oleh Malaysia kepada Filipina pada tengah malam, 1 Januari 2026, Anwar menegaskan Malaysia akan terus menyokong segala usaha bagi memastikan komitmen tersebut dipatuhi.

Beliau turut menekankan bahawa pematuhan terhadap perjanjian itu penting bagi memelihara prestij dan kredibiliti ASEAN sebagai sebuah rantau yang aman dan stabil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat