Desakan UEC bermotif politik selepas DAP kalah di Sabah – ARMADA

KUALA LUMPUR, – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan pendirian tegas menolak pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), perkhidmatan awam serta sektor berkaitan kerajaan, sambil mendakwa desakan tersebut bermotifkan politik.

Menurut ARMADA, isu UEC yang disifatkan telah lama reda sengaja dibangkitkan semula oleh DAP susulan kekalahan parti itu 8-0 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dengan tujuan meyakinkan sokongan masyarakat Cina bahawa parti berkenaan masih berpegang kepada perjuangan asalnya .

Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid, berkata kerajaan perlu berwaspada dan tidak terperangkap dengan agenda politik sempit, sambil menyifatkan tindakan DAP itu sebagai sekadar “playing to the gallery” dan tidak berpaksikan kepentingan nasional.

Dalam pada itu, ARMADA menegaskan keperluan memperkukuh identiti nasional khususnya penguasaan Bahasa Malaysia yang didakwa semakin lemah dalam kalangan generasi muda, dan memberi amaran bahawa pengiktirafan UEC boleh menjejaskan usaha membina semangat patriotisme serta integrasi nasional.

Walaupun menyokong aspirasi menjadikan Malaysia sebuah masyarakat trilingual, ARMADA menegaskan matlamat tersebut tidak wajar dicapai melalui pengiktirafan UEC, sebaliknya perlu berteraskan sistem pendidikan arus perdana yang selari dengan kepentingan negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat