Sidang DUN Melaka kecoh dakwa ADUN Kerajaan berskandal dengan isteri orang

KUALA LUMPUR- Hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh apabila wakil pembangkang membangkitkan laporan polis yang mendakwa seorang ADUN kerajaan mempunyai hubungan dengan isteri orang seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Isu yang dibangkitkan Datuk Muhammad Jailani Khamis (PN-Rembia) ketika menyampaikan ucapan penangguhan itu mencetuskan perang mulut ahli dewan, malah ada yang mencadangkan supaya tindakan tegas diambil kepada ADUN Pas berkenaan kerana melanggar peraturan.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Speaker, Kerk Chee Yee mengemukakan Peraturan Mesyuarat 20(1)(m)(1) terhadap ADUN berkenaan kerana membuat sangkaan jahat serta membuat serangan peribadi terhadap seseorang ahli, lapor Harian Metro di Ayer Keroh pada Rabu.

Kekecohan itu bermula apabila Jailani membangkitkan satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita berkenaan dengan menyatakan seorang ADUN mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Keadaan menyebabkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Akmal Saleh (BN-Merlimau) bangun dan membidas kenyataan itu sambil menyifatkan Jailani sebagai individu tidak boleh dipercayai berikutan tindakannya yang tidak konsisten khususnya berkaitan soal integriti.

“Sepatutnya dia membangkitkan isu rakyat di Rembia, bukannya perkara yang tidak masuk akal ini. Lain kali kalau nak bangkitkan sesuatu isu, bangkitkan isu yang rakyat nak dengar, bukannya isu remeh yang menyentuh peribadi orang lain,” katanya.

Turut mencelah, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim (BN-Duyong) mendedahkan wanita berkenaan turut membuat laporan polis menafikan tuduhan skandal terbabit seperti yang tular itu selain kes mengenai perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah.

“Rembia (Jailani) melanggar Peraturan Mesyuarat 20(1)(g) yang melarang seseorang ahli dewan untuk menyebut apa juga perkara sudah dibawa ke mahkamah serta membuat sangkaan jahat terhadap ahli dewan lain mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1)(m)(1).

“Kalau nak bawa sesuatu isu kena berfakta, bukan buat sesuka hati saja,” katanya memetik akhbar itu lagi.

Beberapa ADUN blok kerajaan turut mengambil bahagian untuk menempelak Muhammad Jailani, antaranya Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput), Datuk Abd Razak Abd Rahman (BN-Telok Mas), Datuk Khaidirah Abu Zahar (BN-Rim), Datuk VP Shanmugam (BN-Gadek), Datuk Ngwe Hee Sem (BN-Machap Jaya) serta Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam).

Chee Yee kemudiannya membuat keputusan untuk menghentikan ucapan Muhammad Jailani serta-merta sebelum diteruskan dengan ucapan penangguhan Datuk Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat