MCA tak mampu gerak solo, ugut keluar BN sebab mahukan kerusi tanding PRU16 – Puad

KUALA LUMPUR – MCA tidak akan mampu bergerak solo tanpa rakan parti komponen, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi.

Justeru Speaker DUN Johor itu berkata, resolusi Mesyuarat Agung MCA, hanya satu ugutan agar Barisan Nasional (BN) memberi layanan istimewa kepada MCA terutama pembahagian kerusi untuk PRU ke-16.

Kata Puad, MCA mencari jalan bermaruah untuk kekal dalam BN.

“MCA survive hingga ke hari ini kerana mereka bermula dengan parti Perikatan sebelum BN. Tanpa sokongan orang Melayu parti itu tidak akan menang sebarang kerusi Parlimen seperti di Ayer Hitam dan Tanjung Piai.

“Justeru MCA cuma ada dua pilihan jika keluar BN iaitu PN atau PH. Tapi melihat PN yang kalah teruk di Sabah sudah tentu PN bukan pilihan terbaik. MCA juga menolak PN kerana tidak selesa dengan Pas.

“Dalam masa yang sama MCA sukar menyertai PH kerana DAP sudah tentu membantahnya. Kalau diterima pun MCA akan jadi anak tiri kepada PH,” kata Puad yang juga Adun Rengit itu lagi.

Baru-baru ini Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MCA tidak teragak-agak untuk menilai semula kedudukan bersama BN sekiranya Umno terus cenderung untuk menjalinkan kerjasama di luar gabungan itu terutama DAP.

Ka Siong berkata, pihaknya bersedia bergerak solo jika gabungan politik itu terus menyokong dasar kerajaan membebankan rakyat yang dilihat melemahkan kedudukan dan bercanggah dengan pendirian parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat