Jafry ganti Bung Moktar sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah

KUALA LUMPUR – Umno Sabah kini dibarisi pimpinan baharu pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 apabila Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Jafry Ariffin selaku Pengerusi Perhubungan Umno Sabah menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Setiausaha Agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan usai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi memaklumkan Zahid juga melantik Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah menggantikan posisi Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Manakala Setiausaha Perhubungan Umno Sabah kini ialah Samasuddin Yusop yang menggantikan Jafry.

Menurut Asyraf, lantikan ini selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan Umno dan dipersetujui Presiden Umno.

“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja Umno di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.

“Umno menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan Umno dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat