Kemajuan Sabah adalah kekuatan Malaysia – Gobind

KOTA KINABALU – Menteri Digital, Gobind Singh Deo
mahu melihat Sabah berjaya dan kuat kerana kemajuan Sabah adalah kekuatan Malaysia.

Menurut Gobind, malam tadi menjadi saksi komitmen kami untuk membina sebuah Sabah yang adil, makmur, dan penuh maruah.

“Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum warga Sabah menzahirkan suara mereka di Pilihan Raya Negeri kali ini. Malam tadi, Pakatan Harapan (PH) berkumpul di Kompleks Sukan Kota Kinabalu bagi Grand Finale Harapan Urang Sabah.

“Saya mengulangi sentimen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa apabila Sabah makmur, Malaysia seluruhnya turut melonjak maju ke depan.

“Saya mahu melihat Sabah berjaya dan kuat kerana kemajuan Sabah adalah kekuatan Malaysia,” kata Gobind.

Semalam beliau dan Anwar turun ke Kota Kinabalu untuk menunjukkan sokongan penuh dan komitmen mereka kepada semua calon PH yang bertanding.

“Mereka hadir dengan iltizam untuk berkhidmat dengan integriti, menawarkan penyelesaian yang menghormati hak Sabah, dan memastikan masa depan rakyat Sabah terus terpelihara.

“Malam tadi menjadi saksi komitmen kami untuk membina sebuah Sabah yang adil, makmur, dan penuh maruah.

“Semoga Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini berjalan lancar, dan kami bersedia menjunjung mandat rakyat demi masa depan Sabah yang lebih cerah dan sejahtera,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat