BN Sabah Tawar Harapan Baharu Untuk Anak Muda

SANDAKAN,– Barisan Nasional (BN) Sabah tampil dengan tawaran harapan baharu kepada golongan muda menerusi manifesto “Orang Muda Pemangkin Perubahan” yang disifatkan sebagai cerminan aspirasi dan keperluan generasi muda di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, manifesto itu bukan sekadar janji politik, sebaliknya usaha menyeluruh untuk memastikan anak muda mendapat peluang lebih adil serta masa depan yang lebih stabil.

Beliau berkata, penegasan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pembangunan Sabah akan digerakkan melalui enam tonggak Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) membuktikan kesungguhan BN untuk melakukan perubahan secara terarah dalam tempoh satu penggal.

“Kita tidak mahu lagi melihat rakyat Sabah berdepan masalah air tidak menentu, gangguan elektrik dan jalan yang tidak sempurna. Enam tonggak RPS1 ini akan menjadi asas perubahan menyeluruh,” katanya. 

Menurut Zaidy, antara fokus utama manifesto BN Sabah ialah memperkasa anak muda melalui pelaksanaan Program Peneroka Muda (PEMUDA) yang menawarkan akses tanah TOL sebagai langkah membantu mereka membina kehidupan ekonomi yang lebih stabil.

Selain itu, penubuhan Koperasi Usahawan Anak Muda akan berperanan memberi bimbingan dan sokongan kepada belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan termasuk dalam sektor baharu dan digital. 

Beliau turut menyambut baik cadangan penubuhan Dana Khas Sukan dan e-Sukan serta pembinaan Hub Sukan Permotoran Moden yang membuka ruang kepada anak muda mengembangkan bakat dalam bidang sukan fizikal dan digital.

Tambahnya, inisiatif Port Aspirasi Anak Muda di 10 daerah dan pemberian lesen GDL percuma kepada belia B40 juga bakal memberi manfaat besar kepada golongan muda terutama dalam sektor logistik dan pembangunan kemahiran.

“Ini adalah huluran tangan kepada generasi yang menjadi harapan negeri. Dengan sokongan berterusan dan pelaksanaan telus, anak muda Sabah mampu mencorak masa depan lebih cerah,” katanya lagi.  

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat