‘Peluru’ politik terhadap Bung Moktar tidak gugat keyakinan BN Sabah – Zahid

KOTA KINABALU — Barisan Nasional (BN) Sabah terus menunjukkan ketahanan politik meskipun berdepan beberapa siri serangan yang disifatkan sebagai ‘peluru’ terhadap parti dan kepimpinan negeri, termasuk membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata serangan politik baik dalam bentuk fizikal mahupun tuduhan terbuka bukan sesuatu yang baharu buat BN.

Namun, katanya, ia sama sekali tidak mematahkan moral jentera yang terus bekerja keras sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“Ya, ini memang berlaku, tetapi kita tidak akan pernah lemah semangat dengan apa saja serangan.

“Kita yakin kekuatan dokongan akar umbi memberikan semangat kepada pemimpin dan calon UMNO Sabah untuk memenangi kerusi yang ditandingi,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan manifesto BN di sini, hari ini.

Mengulas perkembangan semasa jentera BN, Ahmad Zahid menegaskan keyakinan parti tetap tinggi meskipun mengakui pihak lawan turut memiliki kekuatan serta “senjata ampuh” mereka dalam menghadapi kempen kali ini.

“Kalau boleh, kita nak menang semua. Tetapi realitinya, kita perlu bekerja kuat kerana pihak seteru politik juga mempunyai kekuatan mereka.

“Namun kita yakin, kali ini gelombangnya akan ke arah biru,” katanya.

Beliau turut yakin bahawa momentum sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat berdasarkan rekod pentadbiran BN sebelum ini, selain keupayaan parti itu membawa semula pembangunan menyeluruh ke Sabah.

“Kita mempunyai sejarah panjang ketika Sabah di bawah Barisan Nasional dahulu ia negeri yang sangat maju.

“Saya fikir jika BN diberikan mandat semula, insyaAllah kita akan bersama parti-parti lain membangunkan semula negeri Sabah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat