PN utamakan kemenangan, bukan individu calon ketua menteri – Ronald

PUTATAN — Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa tumpuan utama gabungan itu dalam fasa awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah memastikan kemenangan, bukan menetapkan siapa bakal dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, isu mengenai calon Ketua Menteri hanya akan dibincangkan selepas gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

“Setakat ini belum ada keputusan. Fokus kami adalah menang pilihan raya terlebih dahulu. Semua calon yang bertanding atas tiket PN layak diangkat ke jawatan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran manifesto PN di sini, hari ini.

Ronald menegaskan, PN tidak mahu terperangkap dalam perbincangan siapa pemimpin utama sebelum rakyat memberikan mandat terlebih dahulu.

“Apa yang penting sekarang adalah menggerakkan jentera, menyampaikan tawaran dan mendapatkan sokongan rakyat. Selepas itu barulah kita tentukan bentuk kepimpinan,” katanya.

Beliau turut mengulas kemungkinan kerjasama pasca-pilihan raya sekiranya tiada parti mempunyai majoriti jelas.

Katanya, PN tidak akan membuat sebarang spekulasi pada ketika ini kerana matlamat utama ialah membentuk kerajaan negeri secara bersendirian.

“Saya tidak boleh jawab soal kerjasama kerana kami bertanding untuk menang. Kami serius, dan kami menandatangani 42 kerusi untuk memastikan PN mampu membentuk kerajaan,” tegasnya.

Menurut Ronald, keyakinan itu berpaksikan sambutan baik sepanjang tempoh kempen serta tawaran PN yang digubal khusus untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat