Ledakan Calon PRN Sabah Tanda Demokrasi, Bukan Perpecahan – Prof Syahrudin

KOTA KINABALU – Pertandingan sehingga 12 parti dan lebih lapan calon di setiap DUN pada PRN Sabah bukan tanda politik negeri itu berpecah, sebaliknya menunjukkan keterbukaan demokrasi Sabah.

Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Syahrudin Awang Ahmad berkata banyak calon termasuk parti kecil dan bebas muncul kerana mahu “test the water”.

Beliau berkata demikian dalam episod khas “Jam Kesebelas: Ada Apa Dengan PRN Sabah?” yang bersiaran sempena PRN Sabah.

“Sabah meraikan demokrasi. Ada calon bukan untuk menang, tetapi membina pengalaman. Ini lebih kepada training ground,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan tokoh dominan juga menyebabkan lebih banyak pihak tampil menawarkan diri.

“Kali terakhir Sabah ada kepimpinan benar-benar kuat ialah era Tun Datuk Mustafa,” katanya.

Episod itu turut mengupas dinamik PRN Sabah menjelang hari mengundi 29 November ini.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat